Jin Notti Vs Momok!!

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Norman Abdul Halim mencabar Pengarah Urusan Metrowealth Movies Production (MMP), David Teo agar mendedahkan jumlah kutipan sebenar Momok The Movie (Momok) sebelum mendakwa filem edarannya itu mengatasi filem Jin Notti terbitan syarikatnya.

Norman yang begitu marah dan kecewa dengan kenyataan itu turut menyarankan agar Teo mendapatkan khidmat juruaudit bertauliah bagi mengesahkan jumlah kutipan filemnya itu.

‘‘Kenyataan Teo amat mengelirukan dan menggambarkan seolah-olah Momok lebih berjaya daripada filem terbitan KRU Studios.

‘‘Oleh itu, untuk mendapatkan pengesahan, bukan sahaja Jin Notti, saya cabar beliau agar jumlah kutipan Momok diaudit oleh juruaudit bertauliah,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Cabaran itu dibuat Norman susulan kenyataan Teo di dalam sebuah akhbar semalam yang mendakwa Momok mendahului jumlah kutipan berbanding Jin Notti pada hari pertama tayangan, 20 September lalu.

Kah Kah Kah… jin Notti ngan Momok ni pun nak gaduh ke? Kah kah kah … Dua-dua pun cerita tahap jamban pun nak gaduh… kah kah kah….

Advertisements

Apa Itu OSA?

Official Secret Acts (British) diperkenalkan pada tahun 1911, tujuan utama undang-undang ini adalah untuk menyekat aktiviti-aktiviti perisikan dari negara musuh pada masa itu. Namun undang-undang tersebut telah diubahsuai beberapa kali untuk memenuhi keperluannya dari semasa ke semasa. Namun, tujuannya adalah sama iaitu untuk menahan/mengawal mereka yang mampu menyebabkan aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kemusnahan kepada negara, terutamanya pegawai yang terlibat dalam urusan luar negara dan urusan ketenteraan.

Akta Rahsia Rasmi (OSA) dari Malaysia digubal berasalkan Official Secret Acts dari British, namun penggunaan dan pelaksanaan OSA adalah jauh lebih luas jika dibandingkan dengan Official Secret Acts dari British.

Sehingga hari ini, kerajaan tidak pernah dan tidak bercadang untuk memperjelaskan penggunaan dan pelaksanaan Akta Rahsia Rasmi (OSA), keadaan ini telah menyebabkan sebarang dokumen kerajaan boleh diklasifikasikan sebagai rahsiah atau tidak oleh pihak yang berkaitan secara suka hati mereka. Pihak yang berkaitan adalah seperti Menteri, Menteri Besar ataupun Ketua Menteri malah sebarang pegawai kerajaan.

Masalah ini agak serious sehingga seseorang pemberita boleh didakwa dibawah OSA walaupun dia hanya melaporkan bilangan cawan yang wujud dalam pejabat menteri, seperti yang tertulis dalam tulisan Zhuan Di Jun (庄迪君) pada tahu 1987.

Akta yang tidak dikawal ketat dan tidak telus ini telah mencabul hak rakyat untuk mengetahui sesuatu perkara. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai alat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menutup sesuatu isu.

Walaupun para pemimpin negara selalu mengatakan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, namun Akta tersebut telah disalahgunakan oleh mereka untuk menyekat pembongkaran sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara dan menyekat prinsip kebebasan bersuara. Hal ini terbukti apabila kerajaan dan pihak polis telah menyiasat laman web Malaysia Today dengan akta tersebut. Malaysia Today telah mengemukakan sepucuk surat dimana surat itu telah membongkarkan kegiatan dan juga maklumat penjualan tanah di Port Klang Free Zone (PKFZ).

Adakah langkah untuk menyiasat Malaysia Today dengan Akta Rahsia Rasmi sekiranya PM Najib telah menunjukkan keinginannya untuk menyiasat isu Port Klang Free Zone (PKFZ). Kabinet seharusnya mempertimbangkan hak rakyat untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku di PKFZ walaupun dokumen itu dibuktikan sebagai dokumen kabinet akhirnya.

Penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) sudah terbukti sejak lama lagi, sebagai contoh, kewujudan pelbagai perjanjian yang berat sebelah dalam kontrak diantara kerajaan dengan pengusaha lebuhraya.

Selain itu, Liew Chin Tong yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan (Shadow Cabinet Pakatan) juga berkata kerajaan mewartakan Doumen Pertahanan dibawah Akta Rahsia Rasmi supaya tidak boleh dibincangkan diluar parlimen.

Kini, Kerajaan Barisan Nasional masih memperkenalkan pelbagai akta untuk melindungi mereka walaupun semakin banyak negara asing terutamanya negara barat mula memperkenalkan Information Freedom Act. Langkah kerajaan ini telah mencabul hak rakyat untuk mengetahui kebenaran di sebalik sesuatu isu. Sampai bila rakyat boleh mendapat kebebasan yang sebenar yang mengawasi kerajaan sekiranya Akta ini tidak digubal?

MASIH INGIN MENYOKONG GEROMBOLAN?

Laman Malaysia- Today-net yang di kendalikan oleh Raja Petra telah di guddam.

Ini kerana beberapa hari ini laman ini telah membocorkan rashia kelentong tentang skandal Projek Perniagaan Bebas Perlabuhan Klang.

Skandal ini melibatkan hampir 12 bilion ringgit duit rakyat.

Duit sebanyak ini membolehkan semua rakyat Malaysia yang Islam dan bukan Islam pergi naik haji sekali seorang.

Duit sebanyak ini boleh membuat satu hospital bertaraf antarabngsa di setiap ibu negeri.

Duit sebanyak ini dapat membeli alat dialysis untuk setiap masjid di setiap mukim di seluruh Malaysia.

Duit sebanyak ini – keping 50 ringgut – kalau di susun ke atas boleh telah melintasi Gunung Everest.

Kalau di susun ke selatan boleh sampai ke Tasmania.

Kalau di susun ke barat boleh sampai ke Grace Land ke makam Elvis Presley.

Kalau disusun ke utara boleh sampai ke tepi tangga rumah arwah Altatuya di Ulan Bator.

Kalau 12 bilion ini disusun -satu ringgut – satu persatu boleh mengililingi sekali dunia ini.

Kalau duit 12 bilion ringgit ini dijadikan duit siling 50 sen – ianya boleh disusun untuk membuat tembok satu Malaysia – tak perlu ada kapal selam.

Banyangkan ! Masih nak sokong gerombolan kah kah kah.

Mat Sami Lawan Towkey – Malaysiakini

Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni “memusnahkan timbalannya”.

Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

“Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim… orang yang amat dipujinya?”

Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.

Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

Mengenai Utusan, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang ‘rasis’ yang berlagak sebagai “abang-besar”.

Utusan menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti.

MITOS HANTU

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu – adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi – Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara – merah darah rakyat – puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.

Dipetik dari Tukartiub.

HADIAH MERDEKA!!

Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

“Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita,” kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

“Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat,” kata Salahudin.

REVOLUSI LEMBU

05b76d8d0a794a8f71335d7e03e2f549
b4c1978a6979729490d560546e8a606e
521e53ed5bf1049e7ae1f439edc35a20

83aba6cc12902e2f7d1acfffea50d52b

“Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami.” Kata Bapak Lembu (gambar di atas) kepada anak-anak lembu.

Dalam sidang media selepas itu, Bapak Lembu berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam.

“Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23.”