Penipuan terbaru Mat Lidah Kontot.
Malaysiakini, 18 Ogos 2009 – Penganjur perhimpunan awam tidak perlu lagi memohon permit polis sekiranya diadakan di kawasan selamat dan tidak mengancam keselamatan awam.
Sehubungan itu, Seksyen 27 Akta Polis akan dipinda selaras dengan penambahbaikan undang-undang berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober.
Penipuan Besar-besaran Mat Lidah Kontot Dahulu.
Di manakah pendidikan percuma?
Amin Iskandar | 9 Jan, 08 12:02am
Selepas pembentangan Bajet 2008 oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan pada 7 September 2007, heboh satu negara dengan pengumuman bahawa yuran sekolah rendah dan sekolah menengah akan dimansuhkan. Turut menggembirakan hati rakyat apabila kerajaan mengumumkan bahawa buku teks akan diberikan percuma kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isirumah keluarga.
Pengumuman ini telah menggembirakan hati kebanyakan rakyat Malaysia kerana beban hidup akibat kenaikkan harga barang, diberi perhatian oleh kerajaan. Menteri Pelajaran, Hishammuddin Hussein yang ditemui wartawan selepas pengumuman Bajet 2008 berkata: Saya amat gembira dan bersyukur dengan intipati bajet kali ini kerana bidang pendidikan terus menjadi tumpuan kerajaan. Apa yang pasti bajet kali ini benar-benar memberi berita gembira kepada semua rakyat.
”Sebenarnya inilah hasrat kerajaan kerana selama ini kita sentiasa memikirkan mengenai apakah cara kita dapat memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat. Mendapat pendidikan terbaik sememangnya menjadi cita-cita kita. Alhamdulillah, akhirnya kita dapat merealisasikannya pada bajet kali ini, (Utusan Malaysia, 8 September 2007).
Pada hari berikutnya ketika berada di Pekan, Pahang, menteri pelajaran itu berkata, ibubapa sudah tiada alasan lagi untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana kerajaan telah menyediakan pendidikan percuma. Selain itu beliau juga menyebut tentang , persepsi dunia terhadap Malaysia sebagai antara negara membangun yang memberi peluang pendidikan secara percuma kepada rakyat. Ia akan dihormati dan dipandang tinggi. Katanya, tidak ada negara membangun yang memberi pendidikan secara percuma seperti di Malaysia. (Utusan Malaysia, 9 September 2007)
Namun apabila sekolah dibuka pada 2 Januari 2008, lain pula ceritanya. Walaupun kerajaan telah memansuhkan yuran sekolah rendah, yuran sekolah menengah dan memberikan buku teks percuma kepada semua pelajar, rata-rata ibubapa masih lagi tidak gembira. Malahan, ramai ibubapa yang merungut akibat dibebani dengan pelbagai bayaran apabila sekolah dibuka.
Pada 3 Januari 2008, Utusan Malaysia melaporkan: Di Kelantan, golongan ibu bapa mengeluh apabila terpaksa menanggung bayaran tambahan persekolahan yang mencecah sehingga RM180 sedangkan caj maksimum yang ditetapkan kementerian ialah RM38.50 bagi sekolah rendah dan RM55.50 bagi sekolah menengah.
Mereka mendakwa ada sekolah yang mewajibkan pembelian tudung, alat tulis dan keperluan lain yang tidak tersenarai dalam garispanduan selain bayaran Internet, latih tubi, nota amali sains, baju sukan, buku log dan kertas soalan.
Dan, sebagai RAKYAT MALAYSIA aku tidak faham bagaimana Mamat ini masih boleh jadi menteri dengan IQ yang rendah?